webinar register page

Webinar banner
Wanita Bijak: Pelaburan
Pelaburan saham kini giat diperkatakan dikalangan masyarakat. Ia bukan lagi menjadi satu perkara yang hairan jika wanita celik dalam pelaburan saham sama seperti kaum lelaki. Tidak kira sama ada wanita tersebut seorang suri rumah ataupun bekerjaya. Dengan itu, peluang untuk menjana kewangan anda dalam pelaburan saham haruslah direbut dengan sebaik mungkin.

Mungkin anda juga mahu melabur dalam pasaran saham. Tetapi anda khuatir dan tertanya-tanya: adakah sekarang waktu yang terbaik untuk melabur? Apakah risikonya? Bagaimana kaedah terbaik untuk melabur? Dan sebagainya.

Oleh yang sedemikian, pelaburan perlu dijadikan tabiat kita setiap bulan tanpa mengira masa yang terbaik, kerana ia dapat meningkatkan tahap kewangan diri dan keluarga. Pelaburan sangat penting bagi mengimbangi status kewangan kita daripada impak inflasi yang menyebabkan berlakunya kenaikan kos dan harga barangan mahupun servis di sekeliling kita.

Hasil pembelajaran sesi ini:
✅Memahami kepentingan pelaburan demi mencapai matlamat kewangan sebagai seorang wanita.
✅Mengenali faktor bagaimana pasaran saham dapat membantu anda para wanita untuk memgembangkan wang dan mengekalkan gaya hidup.
✅ Kenal pasti 7 perkara yang perlu dilakukan sebelum melabur di pasaran saham.

Webinar ini dibawa khas oleh Bursa Malaysia.

Nov 28, 2022 01:00 PM in Kuala Lumpur

Webinar logo
Webinar is over, you cannot register now. If you have any questions, please contact Webinar host: Bursa Malaysia.